kpmskeningau.org

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
kpmskeningau.org

Pelupusan Bahan Kimia

E-mail Print PDF

Pelupusan Bahan Kimia Makmal Sains

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sedikit info tentang pengurusan pelupusan bahan kimia untuk di Kongsi bersama.

Kita sedia maklum bahawa pelupusan bahan kimia sedikit berbeza dengan cara pelupusan aset lain.Bahan kimia yang tamat tempoh atau usang perlu pelupusan segera.Penyimpanan terlalu lama bagi bahan kimia yang tamat tempoh dikhuatiri boleh memudaratkan keselesaan dan kesihatan pekerja. Walau bagaimanapun,proses pelupusan bahan kimia perlu dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu.Semua bahan kimia yang tamat tempoh akan dilupuskan oleh Pusat Pemeroleh Kembali yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

Proses pelupusan Bahan Kimia juga memerlukan peruntukan kewangan, yang mana PTJ atau sekolah yang memohon pelupusan perlu mendapatkan kos sebutharga setiap item yang hendak dilupuskan.

Peringkat awal ,Pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah menyarankan agar permohonan sebut harga Nilai Pelupusan dihantar kepada Pusat Pemeroleh Kambali yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

Pusat Permeroleh Kembali yang dilantik dan disyorkan oleh Jabatan Alam Sekitar ialah Syarikat Petro Jadi Sdn.Bhd.

Surat permohonan Sebut harga boleh di hantar / Fax  ke alamat :-

Petro Jadi Sdn.Bhd
Melawa Power Plant
Jalan Teluk Sepangar
PPM No. 290 Menggatal
88450 Kota Kinabalu
Sabah.

Tel:088-494585 Fax:088-495867

Untuk Perhatian Puan Norimah Daud.

(akan dikemaskini dari semasa ke semasa )

 

Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran

E-mail Print PDF

PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit.

“Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.

Last Updated on Thursday, 03 March 2011 05:45 Read more...
 

Keahlian KPMS

E-mail Print PDF

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kepada semua Pembantu Makmal di Pedalaman Atas ,anda dipelawa untuk menjadi Ahli Sah Kesatuan Pembantu Makmal Sains Negeri Sabah.Borang Keahlian Boleh dimuat turun melalui website ini.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai.

 

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM

E-mail Print PDF
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cuepacs Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak
Read more...
 

Pengumpulan Data Pembantu Makmal

E-mail Print PDF

Adalah dipohon kepada semua Pembantu Makmal yang bertugas di Pedalaman Atas ( Keningau,Tambunan,Tenom Dan Sook/Nabawan) dapat Melengkapkan Borang Daftar Online .

Pihak kami amat berharap tuan/puan dapat melengkapakan Borang Daftar Online ini secepat mungkin bagi melancarkan segala perjalanan program Pembangunan Staf Pembantu Makmal yang telah dirancang.

Sekian.

BORANG DAFTAR ONLINE

Last Updated on Sunday, 01 August 2010 06:16
 

Berita

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET


Kalendar

February 2012
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 1 2 3

Prudential BSN Takaful (Keningau)

Banner

Maintanance

HARAP MAAF
LAMAN WEB INI
MASIH DALAM PEMBIKINAN

TERIMA KASIH

Ahli KPMS Pedalaman